Monday, March 31, 2008

Blueberry and Lemon Cheese Tart


Resepi ambil dari rumah Mat Gebu...memang sedap...kalu ala-ala ciskek ke, cistart ke...mmg laku..Mat mohon ampun kak kopipes je ya (*penat aarr, kat opis menaip, kat rmh menaip)...Mat time kasih...sedaplah wpun tak selawa cam Mat pnya!

Bahan Untuk Pastri:-
125 g mentega sejuk, didadu kecil
40 g gula aising1 biji telur gred A, dipukul sedikit
220 g tepung halus (mat guna tepung gandum)
1 camca teh esen vanilla

Bahan Inti:-
250 g cream cheese, pada suhu bilik
60 g gula halus (caster sugar)
20 g mentega
100 ml whipping cream
1 biji lemon, parut kulitnya
1 biji telur gred A
Blueberry filling secukupnya

Cara Membuatnya:-
UNTUK KULIT TAT:- Satukan tepung dan gula aising, gaul rata. Masukkan mentega dan esen vanilla, gaul ramas menggunakan hujung jari hingga adunan berupa serbuk roti, masukkan telur sedikit demi sedikit sambil diadun hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat dimangkuk. Bulat2kan doh, balut dengan plastic cling, leperkan sedikit dan dinginkan 20 minit. Keluar dan doh dari peti sejuk, canai doh antara 2 keping plastik setebal 0.3 cm dan lebarnya biar melebihi acuan tat. Buka satu lapisan plastik tadi dan terbalikkan doh ke dalam acuan tat, kemaskan bahagian dalam dan tepinya. Tanggalkan plastik yang satu lagi tadi, kemaskan lebihan doh. Cucuk permukaan doh dengan garfu dan letakkan aluminium foil atasnya. Isi dgn benda berat (mat letak kacang soya) sehingga penuh. Bakar dalam oven pasa suhu 175C selama 15 minit. Kemudian, angkat keluar aluminium foil bersama2 kekacang tadi dan bakar lagi 5 minit. Bila nampak sedikit perang, boleh keluarkan dari oven.

UNTUK INTI:- Pukul semua bahan2 untuk inti kecuali blueberry, hingga licin dan tidak berbintil2. Ketepikan.

UNTUK TART:- Tuang inti cream cheese ke dalam kulit tat yg telah dibakar tadi, sudukan blueberry filling atas cream cheese, buat beberapa bahagian, gunakan pisau atau chostick, lorekkan supaya menjadi bentul seakan2 marble. Bakar kembali pada suhu 150c selama 10 - 15 minit atau hingga keju keras bila disentuh. Biarkan betul2 sejuk sebelum dipotong untuk hidangan minum petang....

Sambal Sotong Kembang

Pagi semalam wat sambal ni makan dengan nasi lemak...emmm ummi beli yang dah siap direndam kembang..so jimat masa...leh terus masak.

Bahan:-
2 ekor sotong kembang - kerat kecil, basuh dan tos
15 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
secubit belacan (optional)
4 sudu besar gula
3 sudu besar air asam jawa
1 sudu besar kicap pekat (optional)
garam

Cara Memasak:-
Panaskan minyak, tumis cili kering dan bawang putih, perlahankan api, kacau hingga cili naik minyak. Masukkan belacan, gula, kicap dan air asam jawa. Masukkan sotong, masak hingga lembut. Masukkan garam dan seimbangkan rasa. Biar agak pekat, tutup api.

Nasi Lemak Jelutong Lagi..!!

Menu di pagi minggu...hari tu buat hubby g outstation...so semalam he requested to taste this one! So i cooked the same one just for his sake...again!! hehe...Dia kata sedap, i think it will be our favourite nasi lemak hereafter. This time it comes out with sambal sotong kering/kembang (ya lah ummi beli yang dah direndam kembang pun..). So nasi lemak ni kira ulang tayang gak lah, tgk resepi dalam entry lepas ek...

Sunday, March 30, 2008

Caramel Pudding


Antara pencuci mulut yang paling laku kat rumah ni...resepi yang biasa ummi buat nih, sejak berzaman..hehe! Bahan pun senang sangat2...janji sedap!

Bahan:-
6 biji telor
1 tin kecil susu pekat manis
1 tin kecil air
1 sudu kecil tepung kastad
1 sudu keci esen vanila

Untuk caramel:-
10 sudu besar gula pasir
1/4 cawan air panas
sedikit butter

Cara Menyediakan:-
Lenserkan butter pada loyang 6 x 6 x 3 in. Masak gula hingga benar2 keperangan (*jangan smpai naik bau hangus lak! Nanti pahit..). Tuangkan air panas, kacau dan cepat2 tuang ke dalam loyang. Ketepikan biar gula sejuk dan keras.

Sementara itu, campurkan telor, susu cair, air, esen vanila dan tepung kastad. Blendkan sebati. Tuang perlahan-lahan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi. Kukus atas api selama lebihkurang 30 minit. Sejukkan dalam fridge. Bila benar2 sejuk, larikkan dengan pisau dulu di tepi loyang caramel baru terbalikkan caramel ke dalam bekas yg sesuai, potong dan ngapp!!

Pau Kukus Kacang Merah


Kali ni try resepi dari Kak Liza, tengok kat rumah Mamasya buat nampak gebuss je, memang elok je naik dohnya, banyak jugak dapat, ummi anta kat family adik separuh..

Bahan:-
500 gm tepung pau/tepung gandum (*ummi guna tepung gandum je)
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
2 sudu kecil yis mauripan
2 sudu besar shortening
250 gm air suam

Inti (*terpulang) - ummi guna kacang merah (ready-made)

Cara Membuat:-
Gaul rata semua bahan kecuali air. Masukkan air sedikit sedikit hingga habis. Uli hingga licin dan tak melekat di tangan. Bulatkan dan tutup dengan kain lembab. Biarkan naik dua kali ganda. Kemudian tumbuk2 adunan dan bahagikan kepada doh kecil-kecil. Bulatkan dan isi inti kesukaan. Lapikkan doh atas kertas kecil2 atau daun pisang..(*mana ada..!! hehe..) Rehatkan hingga doh naik lagi. Bila doh telah naik, panaskan kukusan dan susun doh dalam periuk kukusan dan masak lebih kurang 10 minit (*memang ngam..!). Bila telah masak, buka penutup kukusan perlahan-lahan agar airnya tidak menitis atas pau)

Ayam Nyonya

Menu tengahari Jumaat kelmarin..x sempat nk posting ari tu..resepi dari rumah Jun...tk Jun ek..sedap ayam, my kids suka banget!!

Bahan:-
400 gm ayam
1 biji bawang besar - potong baji
daun kari
4 biji cili padi - diketuk sikit
minyak untuk menggoreng

Bahan perap :-
* 1 batang serai
* 5 cm kunyit hidup
* 1 ulas bawang putih
* 1 biji bawang merah
* sedikit lengkuas (* - kisar dulu semuanya)
1 sudu besar tepung jagung
1 biji telor

Bahan perasa:-
1 sudu besar sos plum
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato

Cara Memasak:-
Ayam dibersihkan dan keringkan dengan paper towel. Gaul dengan bahan kisar, masukkan telor dan tepung jagung dan perap selama 15 minit. Kemudian panaskan minyak dan goreng ayam hingga kekuningan. Angkat. Panaskan lagi sedikit minyak, tumis bawang besar, cili api dan daun kari hingga wangi. Masukkan ayam dan bahan perasa. Masak atas api besar, gaul rata dan angkat. Hidangkan.

Thursday, March 27, 2008

Ikan Patin Bakar & Sambal Asam

Emmm..patin lagik!! hehe...memang kat rumah ni suka sangat ikan patin..Ari tu hubby beli patin 2 ekor sedang..seekor masak gulai tempoyak, seekor lagi ni la dia...Bila dah boring masak berkuah tempoyak gitu..ummi selalu bakar je..sedap..Buat ni kelmarin, Aiman kata rasa macam ayam pulak ikan ni bila dibakar, hish! dia suh buat lagi..hehe..melayan anak tekak budak2 kat rumah ni..

Tapi sambal asamnya ummi cilok dari Mat Gebu, xpa ya Mat ..kena sangat laaa...selera weh!!

Bahan:-
1 ekor ikan patin - ikan dikerat 4/5, cuci bersih2 dengan garam dan limau
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit serbuk kunyit
garam

Gaul ikan dengan serbuk lada hitam, garam dan serbuk kunyit. Ikan dibakar hingga benar2 masak.

Air Asam:-
1 inci belacan, bakar
1 batang cili merah
10 biji cili padi
2 biji bawang merah kecil
3 camca besar perahan air asam jawa (sebesar ibu jari)
3 biji limau kasturi (ummi guna limau nipis)
sedikit garam
sedikit gula

Cara Menyedia:-
Tumbuk cili merah, cili padi, garam dan belacan. Bila separuh lumat, masukkan bawang merah dan terus tumbuk lagi hingga agak lumat. Masukkan jus asam jawa dan seimbangkan rasa dengan gula. Perah jus limau mengikut selera masamnya. Gaul rata dan rasa ikut tekak masing-masing. Biar ada rasa masam, manis, pedas dan masin dalam sambal ini.

Ikan Percik

Resepi dari Joayee...dia guna ikan mackerel...ummi guna ikan kembung jee...sedap...memang x penah wat ikan percik..selalu wat ayam percik je...Thanx Jo..

Bahan:-
4 ekor ikan (ummi guna 2 ekor ikan kembung)
200 ml santan (ummi guna santan kotak je)
3 sudu hesar tepung beras
1 sudu cili boh/cili powder - umm guna cili powder
1 asam keping
1 sudu besar gula
1 sudu besar garam (*ummi letak 1/2 sudu je)

Untuk kisar:
1 bawang besar saiz kecil/4 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
3 potong lengkuas (hiris nipis)
1 batang serai
serbuk kunyit

Cara Memasak:-
Setelah ikan dibersihkan, kelar dan perap dengan sedikit garam selama setengah jam. Masukkan semua bahan kisar ke dalam periuk yang berisi santan. Seimbangkan rasa dan masukkan tepung beras yang telah dibancuh dengan sedikit air. Masak atas api perlahan hingga pekat. Sementara itu, bakar ikan. Bila separuh masak, sapu dengan sos percik, balik-balikkan dan sapu sos percik lagi rata-rata. Teruskan bakar lagi ikan hingga benar2 masak.

Wednesday, March 26, 2008

Pandan Muffin


Dah lama nak buat, ni baru sampai hajat..Resepi cedok dari rumah CMG...weee memang gebu dan sedap..menawan tekak anak2 ummi yang pada mulanya tengok macam xnak makan je...Bila rasa satu, hah! Sedap n gebunyaaaa mak...itu lah ayat yang keluar bila anak2 makan..Here goes the recipe:-
Bahan:-
180 gm unsalted butter
140 gm gula halus
2 biji telor gred A
80 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla
220 gm tepung gandum*
2 camca teh baking powder * (disatu dan diayak)
1 camca teh pandan paste
sedikit chocolate chips untuk hiasan
Cara Membuat:-
Putar butter, masukkan gula dan putar hingga putih. Masukkan telor satu persatu dan putar lagi hingga kembang. Masukkan esen vanila dan putar lagi. Perlahankan speed dan masukkan tepung berselang-seli dengan susu cair hingga habis. Gaul rata. Akhir sekali masukkan pandan paste dan kacau agar warnanya rata. Sudukan ke dalam acuan mufin pilihan sebanyak 3/4 penuh, tabur sedikit choc chips dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dulu pada suhu 175C selama 20 - 25 minit (*ummi bakar 18 - 20 minit). Aa..bergantung kepada oven masing2.

Nasi Goreng Pattaya



Kelmarin Aiman ummi request nasi ni...lepas goreng nasi leceh gak kan nk kena wat telor dadar, tp xpalah demi anakku tercinta..mak dia ni sibuk sgt2, semenjak dua menjak ni....abah xda lak masuk Tioman for this whole week, sume mak kena setel nih! Cara nak menggoreng nasi pun terpulanglah pada citarasa masing2, yang penting bungkus nasi tu dengan telor..hahaha..

Bahan:-
  • 3 mangkuk nasi putih
  • 2 keping isi ayam - potong halus
  • 4 batang isi ketam - kerat2
  • 1 labu bawang besar - dadu
  • 5 ulas bawang putih - cincang
  • 4 batang jagung muda - hiris nipis bulat2
  • 1 batang carrot - hiris halus
  • 2 biji cili merah - hiris
  • 8 biji cili padi - hiris halus
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • Garam
  • 5 biji telor - pukul sikit - boleh dpt 2 keping dadar
  • daun bawang & daun sup - hiris halus

Cara Memasak:-
Tumis bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili padi. Kacau sebentar, masukkan isi ayam. Masukkan carrot, jagung muda dan isi ketam. Kacau dan masukkan kicap pekat dan kicap cair. Masukkan nasi dan goreng. Masukkan garam dan goreng lagi hingga nasi meletup2 gitu. Tutup api. Panaskan non stick pan, tuangkan telor dan nipiskan selebar mungkin. Bila telor masak, kaup nasi dalam mgkuk kecil dan letakkan dlm telor. Lipat/Bungkus nasi dengan telor tersebut. Hias dengan sos dan daun bawang.

Sunday, March 23, 2008

Sago Caramel


Petang minggu beselah hubby mesti nak sesuatu yang manis jeee..hehe...x cukup ke senyuman ummi ni laling...x cukup manis ek..bukan, dia kata manis, tp xleh makan...kah kah kah..so ummi buat je yang paling dia gemar dan very simple one..hehe..penatlah dah byk masak hari ni.. :D. Ni baru leh posting..lama duk tertunggak hehe..Sama je dengan resepi sago pudding dulu cuma this time around ummi buat caramel (gula hangus) n tuang sagu atasnya serta susu cair.

Choc Chips Muffin Untuk Adik



Last week adik perempuan bujang ummi ada datang tapi stay kat rumah my brother tolong jaga anak sedara yang kiut-miut tu lee..(*Adik ummi ni baru lulus/tamat latihan Kursus Kejururawatan dari Hospital Sultanah Aminah Johor Bharu. Ramai yang g course ni x lulus...dia antara 7 orang yang terbaik le..dpt markah 3.7 pointer ke atas, now tengah tunggu offer, tak tau lg attachment kat Hospital mana tu..) my sis in-law byk hal kat sekolah dia mengajar tu...So pagi tadi adik dah nak balik rumah parent lah kat Temerloh. So, upon request, ummi buatlah choc chips muffin ni..memang dia suka sesangat...dapatlah 25 biji bolehlah makan dengan emak, abah dan adik kat rumah tu..resepi dah ada dalam entry terdahulu ek... :D

Ikan Patin Masak Tempoyak

Jumaat lepas ada staff yang duk kat Tioman bagi tempoyak dari Kg. Juara, Tioman...Biasanya tempoyak dari kampung tu sedap..sebab durian dia pun memang sedap...so hubby kata leh le masak ikan patin...so layaaannn...dia pergi Pasar Tani pagi tadi beli ikan patin...perrggghh, tengok hubby hirup kuah dia..ya Allah..gemor bebenor...ya lah anak jati Temerloh..hehe. Meh tengok resepinya yang bese ummi masak ni...

Bahan:-
  • 1 ekor ikan patin sederhana besar - kerat ikut suka
  • (*gaul dan rendam sebentar dengan garam kasar dan limau nipis - cuci bersih)
  • 2 - 2 1/2 cawan tempoyak - sedang2 masamnya
  • 10 - 12 biji cili padi - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk
  • 2 cm kunyit hidup - tumbuk
  • 6 tangkai pucuk daun kesum
  • 2 kuntum bunga kantan - belah 2
  • 1/2 biji timun taun - belah 2 (*xperlu buang kulit tp buang biji) dan kerat 1cm
  • air secukupnya
  • garam
Cara Memasak:-
Dalam periuk, masukkan secawan air dulu bersama tempoyak, cili, kunyit dan bawang putih. Gaul rata dan masak sebentar atas api perlahan, biar cili agak masak. Kemudian masukkan timun taun. Masak hingga separuh empuk. Masukkan daun kesum dan bunga kantan, tambah lagi air (*jangan terlampau banyak, biar agak pekat). Biar mendidih sikit, masukkan ikan dan garam dan perlahankan api. (*jangan dikacau sangat ikan ni, nanti hancusss..) Bila mendidih, tutup api.
(*masakan tempoyak yang asli memang tidak menggunakan bawang merah atau asam keping dah)

Chicken Katsu


Ni saja nak perabihkan isi ayam ada sikit tu..nampak lak resepi ni kat rumah Jun ari tu..so layaaannnn....Thanx Jun..!

Bahan:-
  • 1 keping dada ayam (boneless)
  • sudu besar kicap cair
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 ulas bawang putih - parut
  • 1/2 cm halia - parut
  • 1 biji telor (saiz kecil) - pukul sikit
  • breadcrumbs secukupnya

Cara Memasak:-
Ayam dilumur dengan sume bahan kecuali telor dan breadcrumbs. Perapkan selama 1 jam. Kemudian celup dalam telor dan salut dengan breadcrumbs. Celup lagi dalam telor tadi dan lumur/salut lagi dengan breadcrumbs. Goreng hingga masak. Sedap dimakan bersama sos cili..

sayur campur asparagus & cendawan

Menu untuk lunch hari ni...sayur campur simple aje...nak menghabiskan button mushroom dlm fridge tu..lebihan wat pizza ari tu..

Bahan:-
  • 10 batang asparagus - potong ikut suka
  • 1 cawan cendawan butang - (*ummi guna brand Hosen)
  • 8 ekor udang sederhana besar
  • 6 batang jagung muda (baby corn) - belah 2 dan kerat
  • 1 labu bawang besar - dadu
  • 3 ulas bawang putih - cincang
  • 1 biji cili merah - hiris
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap cair
  • garam

Cara Memasak:-
Tumis sume bawang dan cili. Masukkan udang, sos tiram dan kicap cair. Kacau sebentar, masukkan cendawan. Masak sebentar, kemudian masukkan pula asparagus dan jagung. Perasakan garam. Kacau sebentar, angkat. (*jangan terlalu layu).

Saturday, March 22, 2008

Mixed Fruit Cake

Resepi oleh kak Liza tp cedok dari rumah Jun ni...dulu2 dah penah 2 ke 3 kali buat....my kids suka sebab resepinya lembab elok je...pastu sedap..hehe..thanx Jun..!!

Bahan:-
  • 250 gm butter
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • 1 kotak mixed fruit
  • 1 cawan air masak
  • 3 cawan tepung gandum *
  • 1 sudu teh soda bikarbonat * (diayak bersama)
  • 1/2 cawan jus oren dalam kotak/perahan dari 1 biji oren
Cara Memasak:-
Campurkan butter, susu, buah dan air masak dalam periuk. Masak atas api perlahan hingga butter cair. Tutup api dan simpan dalam fridge semalaman. Keesokannya, keluarkan dan campurkan dengan tepung gandum, soda bikarbonat dan jus oren. Gaul sebati. Tuang dalam loyang yang telah digris dan dialas dengan baking sheet. Bakar hingga masak pada suhu 180 C selama lebih kurang 40 - 45 minit.

Fudge Frosting

Actly kek ni ummi buat sebab ada jiran yang nak, selalu buat fudge yang kena simpan dlm fridge. Tapi sebab kek ni nak berjalan jauh kenalah buat fudge yang tahan lama...so ummi try buat fudge ni dari buku Angela Nilsen & Sarah Maxwell, dah lama beli, baru ada masa nk try, hehe... Nice frosting, xyah masuk fridge pun...ni resepinya..

Bahan:-
50 gm/2 oz semisweet chocolate/coklat masakan
225 gm/2 cawan gula icing - diayak
50 gm/4 sudu besar butter/margerine
3 sudu besar susu cair/light cream
1 sudu kecil esen vanila


Cara Menyediakan:-
Potong chocolate kepada ketulan kecil. Dalam periuk tebal (heavy pan) masukkan chocolate, icing sugar, butter, susu dan esen vanila. Kacau atas api paling perlahan hingga chocolate dan butter cair. Alihkan dari api dan terus mengacau hingga benar2 sebati. Pukul lagi hingga adunan menjadi sejuk dan agak pekat. Bolehlah dimasukkan dalam piping bag atau tuang terus atas kek dan ratakan. Bolehlah terus dibuat hiasan mengikut kreativiti sendiri. (*adunan ini hendaklah terus digunakan dan tidak perlu disimpan dalam fridge dah!)

Ayam & Basil Goreng Pedas

Resepi dari Joayee, dah lama nak buat selalu x jadi, kadang2 xda stok daun basil lee..kdg2 lupa beli...hehe...sedap ni..Thanx Jo! Leh wat selalu ni..

Bahan:-
  • 500 gm ayam - potong kecil
  • 5 ulas bawang putih - cincang halus
  • 1 cawan daun basil @ daun selasih
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1/2 sudu kecil belacan
  • 1 sudu kecil garam/secukupnya
  • 1 sudu kecil gula (*ni ummi saja tambah, sori Jo)
  • 1 senduk minyak masak
Cara Memasak:-
Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak, goreng ayam hingga kekuningan. Masukkan cili dan belacan, masak sampai hampir kering. Masukkan bawang putih, sos ikan dan daun basil. Masukkan garam dan masak sampai kering dan naik minyak.

Ikan Masak Cuka

Ni resepi kegemaran mak ummi, selalu kalu kenduri-kendara kecil2 sebelah Utara sana, selalu gak diaorang masak lauk ni..sedap sekali-sekala pekena masakan masam2 camni..boleh bukak selera..meh tengok resepi ya..

Bahan:-
  • 2 ekor ikan kembung
  • 10 ulas bawang merah - belah 2 atau 3 sj.
  • 6 ulas bawang putih - belah 2
  • 2 cm halia - hiris halus
  • 2 biji cili merah + hijau - hiris
  • 1/4 cawan cuka makan
  • 1/2 biji timun - belah kecil memanjang
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • sedikit air
  • garam
Cara Memasak:-
Ikan dibersihkan dan dilumur dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng kekuningan, angkat dan ketepikan. Dalam kuali, panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili hingga naik bau. Masukkan cuka, gula dan timun, kacau sebentar. Masukkan ikan dan reneh sebentar biar mesra. Masukkan sedikit air dan garam..Seimbangkan rasa masam cuka dengan garam dan gula..(jangan terlalu masin). Siap.

Sayur Lemak Fucuk & Suun


Resepi ni memang kegemaran anak2, kalu lawan dengan lauk sardin memang menjadik!! Bese kalu bulan pose...suka masak sayur ni..laku bila sahur, panas2 makan gitu je pun boleh..hehe..

Bahan:-
  • 4 keping fucuk - kerat2 dan rendam
  • 2 genggam suun - rendam
  • 2 biji kentang - potong kiub
  • 1 labu bawang besar - belah 6
  • 3 ulas bawang putih - hiris
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 cawan santan cair
  • 1 biji lada merah - hiris
  • 7 - 8 ekor udang sederhana besar
  • 2 biji telor
  • garam
Cara Memasak:-
Dalam periuk masukkan santan cair, bawang besar, bawang putih, kentang, fucuk dan cili. Masak hingga fucuk kembang dan lembut serta kentang separuh masak. Kemudian masukkan udang, suun dan garam. Biar mendidih, masukkan santan pekat dan kacau. Kemucian pecahkan telor, jangan dikacau-kacau telor tersebut - biar masak dengan api perlahan. Bila kentang empuk bolehlah ditutup api. Siap.

Thursday, March 20, 2008

Ikan Bersos Thai - Memang World!!

Resepi dari Mat Gebu guna ikan bawal, tapi ummi ada ikan selar besar jugak dalam fridge, jadi ummi guna je ikan ni, yang penting nak bagitau, hubby suka sangat dan puji resepi ni memang kena sangat dengan tekak dia..still sedap wpun x guna ikan bawal. Tk lah Mat...lain kali ummi guna ikan bawal pulak lah!

Bahan (resepi asal):-
  • 1 ekor ikan bawal sederhana besar (*ummi guna 2 ekor ikan selar)
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 kuntum bunga kantan - dihiris halus
  • 1 cm lengkuas - dititik
  • 1 cm halia - dititik
  • 3 biji bawang merah - dihiris
  • 2 helai daun limau purut - dihiris halus
  • 2 camca besar sos ikan
  • 1 1/2 camca besar cuka makan
  • 3 biji merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1 1/2 camca besar gula *
  • (bahan bertanda * ditumbuk lumat)

Cara Memasak:-
Ikan yang telah dicuci bersih, digaul dengan garam dan serbuk kunyit, goreng hingga garing. Angkat dan alihkan dalam pinggan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang hiris, lengkuas dan halia titik hingga harum. Masukkan bahan tumbuk tadi. Tambah cuka dan sos ikan, gaul rata dan masukkan serai, hirisan daun limau purut dan bunga kantan. Masak sebentar hingga kuah agak pekat dengan api perlahan. Tak perlu masukkan garam dah. Tuang sos tadi atas ikan yang telah digoreng....emmm memang world!!!!

Tuesday, March 18, 2008

Fish Fillet Stew

Minggu ni kat rumah banyak makan ikan je..Minggu Ikan..hehe..saja lah biar lama sikit pose makan ayam ke, daging ke...lagi pun x bagus sangat makan ayam n daging banyak2 kan..ayam pun banyak ayam suntik jek! Heee..tambah2 chicken wing..memang x elok makan..ntah itu nasihat pakar yang ummi duk banyak baca dalam akhbar dan internet. Resepi ni ummi jumpa kat Simply Recipes, tapi ummi dah adjust dengan bahan kat rumah..x sabor nak buat sebab ada sekeping besar lagi ikan merah tu nak habiskan...

Bahan:-
  • 300 gm fish fillet (ummi guna ikan merah) - kerat kiub 2 cm
  • 3 sudu besar minyak zaitun
  • 1 labu bawang besar - dadu
  • 2 ulas bawang putih - cincang
  • 1 biji tomato - dadu
  • 1 sudu besar tomato paste
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar cuka makan
  • 3 sudu besar gula
  • 4 sudu besar sos cili
  • 2 tangkai daun sup/parsley- hiris halus
  • 1/2 batang lobak merah - hiris bulat nipis
  • 1/2 biji capsicum - dadu
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • secubit serbuk oregano, thyme dan black pepper
  • garam
  • 1/4 cawan air

Cara Memasak:-
Panaskan minyak zaitun dengan api sederhana. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan tomato, tomato paste, sos tiram, sos cili dan masak 2 minit. Masukkan cuka dan gula. Masukkan air bersama tepung jagung dan biar didih. Masukkan ikan, kacau dan masukkan lobak dan capsicum. Masukkan garam, oregano, thyme, black pepper dan seimbangkan rasa masam dan manis. Renehkan biar agak pekat. Tutup api , taburkan daun sup/parsley dan hidangkan panas2.

Sotong Celup Tepung

Ni menu yang memang laku kat rumah ni...dah selalu buat dan x penah cukup...bukan nak makan dengan nasi sangat, my kids suka meratah dan cicah dengan sos je..Ni my another version.

Bahan:-
3 ekor sotong - sederhana besar
1 biji telor - pukul sikit
1/2 sudu kecil serbuk kari daging
1/2 sudu kecil serbuk rempah sup
secubit serbuk lada hitam
garam
3 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung

Cara Membuat:-
Basuh dan kerat sotong lebih kurang tebal 1 inci. Tos dan lapkan sotong dengan kitchen towel (*macam lap baby pulak). Gaulkan sotong dengan serbuk kari, rempah sup, lada hitam dan garam dan gaul pula dengan telor. Biarkan sebentar. Gaul sebati tepung beras dan tepung jagung. Panaskan minyak yang banyak, celupkan sotong tadi ke dalam tepung tadi dan goreng sekejap saja/agak2 kekuningan. (*jangan terlalu lama, nnt sotong mengecut dan mengeluarkan air pulak). Angkat dan letakkan atas paper towel.

Monday, March 17, 2008

Kek Coklat Kukus

Ari tu nampak resepi kek ni kat rumah Mat Gebu..tengok pun tau sedap..hehe..tapi Ummi x buat lah frosting/ganache sebab kek ni dah manis sangat dah..masa pun x berapa cukup..pas buat kek ni, nak bersiap pergi kenduri pulak. Jadi ummi tabur choc rice je lepas kukus..tapi kek ni memang sedap. Time kasih byk lah kat Mat..Ni pun bawak bagi kat abang long..hehe kenduri sakan la dia dalam bilik...dengan pizza lagi, dengan sausage bun lagi..

Bahan:-
1 3/4 cawan tepung gandum *
1 cawan serbuk koko *
1 1/2 camca teh baking powder *
1 camca teh soda bikarbonat *
1/2 camca teh garam halus * (*disatukan, gaul dan ayak)
1 3/4 cawan gula halus
3 biji telor gred A (*ummi guna 3 1/2 biji telor gred B)
1 cawan minyak sayur
1 camca teh esen vanila
200 ml susu cair @
1 cawan air panas @
1 camca teh nescafe @ (@ disatukan dan kacau sebati)


Cara Membuat:-
Dalam mangkuk, masukkan bahan yang telah diayak dan gula halus. Gaul rata. Masukkan telor satu persatu dan putar. Tuangkan bancuhan susu perlahan-lahan sambil terus memutar hingga sebati. Putar lagi sehingga gula hancur dan adunan kembang. Kemudian masukkan minyak sayur dan esen vanila. Gaul rata. Tuang ke dalam loyang berukuran 10 in. yang telah disapu butter dan dialas dasarnya dengan kertas minyak. Kukus atas air mendidih selama 1 jam dengan api sederhana. Sejukkan kek sebelum dipotong (*semasa mengukus, balut tutup periuk dengan kitchen towel untuk mengelakkan air menitik atas kek).

Homemade Pizza


Ni pun satu lagi favourite abang long, x dapat nasi pun xpa, kalu boleh hari2 nak pizza..Buat ni pun nak bawak bagi kat dia jugak petang ni..Resepi dari geng MR..sedap..Igt mula uli doh tu x jadi dah...rupanya elok sangat pulak naiknya...hehe..

Bahan:-
500 gm tepung roti
12 gm garam
8 gm yis
16 ml minyak zaitun/minyak sayur
250 ml air suam

Topping:- (*versi ummi ikut stok dlm fridge)
4 batang sosej - hiris nipis
3 batang crab - kerat kecil
1 labu bawang besar - hiris nipis
1/2 biji capsicum - dadu
1 biji tomato - dadu
1 1/2 cawan cendawan butang - hiris nipis
1/4 cawan mix vege
mozarella cheese
sos tomato
sos cili
sedikit tomato puri
(*Ummi masak dulu bahan2 topping biar separuh masak baru diletakkan atas doh sebelum dibakar).

Cara Membuat Doh:-
Masukkan sume bahan gaul rata dan uli hingga jadi doh seperti membuat roti. Setelah doh lembut, bulatkan dan tutup dengan cling wrap. Tunggu 15 - 20 minit supaya doh naik. Bahagikan doh kepada dua dan uli. Letakkan atas papan dan gelek doh dengan rolling pin hingga nipis (*doh akan naik semasa dibakar). Letak dalam loyang pizza. Sapu doh dengan tomato dan cili sos (tomato paste). Tabur semua bahan topping dan akhir sekali tabur mozarella cheese sebanyak yang disukai. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 12 - 15 minit (bergantung kepada oven) sehingga doh masak dan cheese mencair. Siap untuk hidangan panas2..Memang sedap dengan topping versi pilihan sendiri..

Burger/Sausage Bun

Pagi semalam ummi bz betul masak2 sebab petang nak pergi jengok abg long..nak bekal bagi kat dia n gengnya...so sekerat hari le mak dia ni duk kat dapur...dalam kepala rasa sume nak buat..Abg long memang peminat sume jenis roti. Ni respi cilok kat rumah Jun..tk Jun, elok je lembut dan cepat pulak naik doh tu..tu yang suka tu..hehe..Pasni nak uli doh pizza lak!

Bahan:-
1 cawan susu segar
1/2 cawan air
1/4 cawan butter
4 1/2 cawan tepung roti
7 gm yis
2 sudu besar gula
1 1/2 sudu teh garam
1 biji telor - pukul sikit

Cara Membuat:-
Panaskan susu, air dan butter hingga larut dan biarkan suam. Dalam mangkuk lain pula, masukkan 1 3/4 cawan tepung, yis, garam dan gula. Gaul rata dan masukkan campuran susu tadi dan telor. Kacau dan masukkan baki tepung tadi dan uli hingga jadi doh yang lembut dan tak melekit di tangan. Bahagikan kepada 12 bentuk bulat/bujur. Cover doh dan rehatkan selama 30 - 35 minit. Bakar pada suhu 200'C selama 10 - 12 minit.

Saturday, March 15, 2008

Creamy Mushroom Soup With Shell Pasta

Pagi ni, hubby beli nasi dagang special kat Restoran R&R, Jalan Besar, Kuantan (*hehe..promote sikit..leh mintak diskaun kat toke kedai ni..hehe). Memang famous nasi dagang kat restoran ni...gulai ikan tongkolnya....sedaaaapppp! Lama gak dah x rasa. Jadi tengahari tadi Ummi cuma sediakan hidangan ringkas untuk lunch. Apapun, my kids memang suka apa2 saje dari mushroom soup..leh makan dengan roti jugak.

Bahan:-
200 gm isi ayam - potong kecil
1 labu bawang besar - mayang nipis
2 sudu besar butter
2 cawan cendawan butang - kerat 4
3 sudu besar tepung jagung
2 kiub pati ayam
1 sudu besar sos Worcestershire
1 sudu kecil serbuk lada hitam (*boleh tambah)
1/2 sudu kecil serbuk parsley
4 cawan air
1 cawan sour cream
daun sup - potong halus
sedikit parutan cheese
sedikit garam

Cara Memasak:-
Panaskan butter, tumis bawang besar hingga layu dan masukkan ayam. Kacau dan masukkan cendawan. Masak sebentar. Masukkan bancuhan tepung jagung bersama air. Kacau rata. Masukkan semua bahan-bahan lain dan masak hingga mendidih. Jika kuah terlalu pekat, boleh ditambah air panas. Seimbangkan rasa. Angkat dan parutkan cheese. Hidangkan bersama shell pasta dan ditabur sedikit daun sup.

Apam Balik

Resepi ni kutip dari rumah Jo...very nice as same as that being sold at Pasar Malam. Next time, I'll stick to this one...Thanks Jo...! Well, here's the recipe.

Bahan:-
2 cawan tepung naik sendiri - ayak
1/4 cawan gula
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
sedikit pewarna kuning
1 biji telor
1 1/2 cawan susu segar
1/2 sudu kecil baking powder

Filling:-
1 tin jagung krim
1 cawan kacang tanah - goreng dan tumbuk halus
1 cawan gula
sedikit mentega

Cara Memasak:-
Pukul telor dan gula hingga kembang. Masukkan soda bikarbonat, susu segar, baking powder dan pewarna kuning dan pukul lagi hingga sebati. Masukkan tepung dan kacau supaya tidak bergentil. Perap selama 1 jam. Kemudian panaskan non-stick pan dan tanpa menggunakan minyak, tuang 1 senduk adunan ke dalam pan. Angkat pan dan lenggangkan agar adunan nipis rata. Tutup sebentar pan. Bila setengah masak, taburkan filling dan sedikit mentega. Tutup sekejap dan bila kelihatan tepinya telah garing, lipat dua dan angkat. Sapu keliling apam balik dengan sedikit mentega.

Friday, March 14, 2008

Chewy Gooey Yummy Brownies


Ari tu jalan2 kat rumah Hajar FP, tengok dia tayang brownies alamak....nampak sedap betuuiiii...Ummi buat ni malam kelmarin, tp beselah selalu bz, x sempat nk posting...ini favourite Najwa..so buatlah meraikan kejayaan dia seadanyaa...Memang sedap dan nak buat pun senang, tk Hajar..

Bahan:-
250 gm butter - potong kecil2
400 gm cooking chocolate - potong kecil2
6 biji telor
340 gm gula perang (brown sugar)
2 sudu teh esen vanila
20 gm chocolate emulco
80 gm tepung gandum * ayak bersama
60 gm serbuk cocoa* - ummi guna serbuk Vouchelle
140 gm walnut/pecan/almond/macadamia - cincang dan bakar
(*ummi guna walnut & almond)
Cara Membuat:-
Panaskan oven pada suhu 160C - sediakan loyang yang telah digris dan dialas baking sheet. Double boil butter dan chocolate hingga cair. Ketepikan biar suam sedikit. Dalam bekas lain, masukkan telor, gula, esen dan chocolate emulco, kacau dengan hand whisk hingga gula cair. Tuang adunan butter dan coklat tadi ke dalam mangkuk dan gaul rata. Masukkan tepung dan serbuk koko yang telah diayak tadi, masukkan juga cincangan walnut/pecan/almond tadi. Gaul rata sahaja, jangan kacau terlalu lama. Tuangkan ke dalam loyang dan bakar selama 45 - 50 minit. (depends on oven). Bila masak, biarkan sejuk dalam loyang. Lebih sedap disimpan semalaman. Potong dan hidang. Boleh juga dibubuh chocolate ganache/ice cream/sos kastad.

Sup Ikan "Power" CMG

Emm resepi cilok dari Raja Dapor kita, Mat Gebu...meeeeemaanggg power...!!! Makan panas2 dengan nasi putih...Sapa yang x penah buat lagi, baik buat cepat...nanti nyesal..Ummi wat half je dari resepi asal...masak tengahari tadi.

Bahan:-
1 ekor ikan jenahak/tebal pipi/ikan merah (*ummi guna ikan merah)
1 batang serai - dititik
1 helai daun pandan - disimpul (*ummi xda stok ni)
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 biji bawang merah kecil - hiris nipis
2 ulas bawang putih - hiris nipis
1 liter air
3 sudu besar minyak masak
Daun sup/daun bawang dan bawang goreng untuk hiasan

Bahan-bahan rempah dan kisar:-
6 biji bawang merah kecil - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
1 inci kunyit hidup - kisar
1 camca teh lada hitam
1 keping hirisan nipis lengkuas - kisar
2 camca besar rempah sup Adabi
1 1/2 camca besar rempah kurma Adabi
Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak:-
Ikan dibersihkan dan potong ikut suka. Satukan bahan-bahan kisar dengan rempah2 sup, gaul rata. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dihiris, serai, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan daun pandan hingga wangi. Masukkan bahan rempah tadi dan masaklah hingga pecah minyak dengan api perlahan. Masukkan air, biarkan mendidih. Masukkan ikan dan masak dengan api sederhana hingga ikan masak. Seimbangkan rasa garam dan gula. Angkat. Sebelum makan, taburkan hirisan daun bawang/daun sup dan bawang goreng.

Telor Dadar Istimewa.. ^ _ ^

Ni Aiman yang mintak, katanya lama dah mak x buat telor dadar...tp dia pesan suh wat special sikit lah...hehe...resepi paling senang ummi letak kat sini... nanti abang Buding tengok mesti dia ketawa...hahaha, apa daaaa....!! Beselah, ummi kan kena masak yang simple dan cepat tapi sedap...baru berbaloi dengan orang bekerja cam ummi ni...

Bahan:-
5 biji telor
1 labu wang besar - hiris nipis
2 biji cili hijau/merah
daun sup dan daun bawang - potong halus
3 sudu besar susu cair
garam
(* boleh juga tambah udang dan kacang peas dll ikut suka)

Campurkan aje sume2 n goreng hingga masak dan kekuningan dengan api perlahan.

Wednesday, March 12, 2008

Najwa Got Her SPM Result Today!!




This morning I was so excited...you know why? Oh my God, my daughter Najwa is going to have her SPM result in her hand...She doesn't want any of us to come along and promised us that she will let us know as soon as she got the result. Around 12 pm..thank God, Alhamdulillah, after nervously waiting she did tell us her result. Not bad n quite strong for science stream student...ok laaah (*bukan ulat buku dia ni...), she managed to get 4A, (BM, BI, Agama & Mod. Math), 3B (Sejarah, Add Math & Kimia) and 2C (Fizik & Bio). Actually, I'm not really satisfy with her result..hoping for at least 6A...but i know how tough are nowadays subjects...(*how some of them managed to get 20A straight...huwaaaah, so brilliant ek!)

Previously, she had sent all the IPTA (UPU) or Matrikulasi application forms through internet n now she just has to wait for an offering letter from any IPTAs or Kolej Matrikulasi (Kem. Pendidikan). Me n hubby can only pray for her best of luck in her near future and may success will always be with u my dear!! We love u and will always support you...!! Just be yourself ok! You have a long way more to go, past is past k and take it as a guidance to make ur dreams come true...don't hesitate to ask for our advices if you need so...

Sotong Bakar Berempah

Resepi dinner yang simple, cepat dan berkhasiat...waalllaaahhh...makan x ingat apa dah...

Bahan:-
250 gm sotong - bersihkan dan kerat 1 in tebal
2 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar udang kering - tumbuk
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar air limau nipis
2 ulas bawang putih - ketuk
1 sudu kecil rempah kari daging
sedikit gula
garam
alluminium foil

Cara Memasak:-
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, serbuk rempah dan cili kisar sehingga naik bau. Masukkan udang kering, sos tiram, garam dan gula dan kacau rata. Masukkan jus limau, sesuaikan rasa dan masak hingga agak pekat. Sediakan alluminium foil, masukkan sotong yang telah digaul dengan bahan rempah tadi. Lipat dan tutup alluminium foil, panggang selama lebih kurang 15 minit dengan api perlahan. (*ummi panggang dalam oven jek).

Ikan Masin Goreng

Eemm musim hujan je ni...memang laju makan nasi kalu ada ikan masin...ni hubby yang mintak..so senang laaahhh..ummi goreng ikan talang masin, angkat, lepas tu goreng bawang n cili dalam minyak yang sama, angkat dan gaulkan dengan ikan tadi...siap!

Sayur Taugeh Goreng Campur

Ni menu sayur cam bese2 kita masak tu je...taugeh, kucai, carrot, tauhu, udang...masuk je lah...goreng masukkan sos tiram sikit, kicap cair sikit...perisakan ikut suka..heheh..

Tuesday, March 11, 2008

Nasi Ayam Madu

Sebenarnya semalam ummi x sehat, MC seharian duk rumah..x tau Ahad malam tu ummi kena serang gastrik (*kalu bahasa kampung kira angin medu lah kot) xleh tdo..pukul 1 malam terjaga terus xleh tdo sampai pagi..sian hubby baru balik dinner pun x tdo sama lak duk tolong sapu minyak, alahaaiii..last2 dia pun cuti gak semalam teman ummi jmpa doctor...Tapi bila dah lega sikit mula lah nak masak..heheh...sempat wat nasi ayam madu ni je lah...hb suh rehat je...xpa lah, ummi kata wat slow-slow...Resepi dari geng MR gak ni..cepat, mudah dan sedap..

Bahan:-
2 cawan beras
1/4 bawang besar
1 helai daun pandan
2 kiub ayam (*ummi letak 1 sudu besar stok ayam)
1 sup bunjut Adabi
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
Air secukupnya
sedikit garam
3 batang serai - dititik (*ummi saja tambah ni)

Bahan Perap Ayam:-
3 sudu madu
3 sudu kicap pekat
2 sudu sos tiram

Bahan Tumis:-
3 sudu besar mentega
1/2 cm halia - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk

Bahan Sampingan:-
Bawang goreng
Daun bawang - hiris halus
Daun sup - hiris halus
Daun salad/timun/tomato

Cara Membuat:-
Bersihkan ayam dan potong ikut suka (*ummi potong 4 bahagian je). Panaskan butter dan tumis bawang putih dan halia hingga kekuningan. Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masukkan sedikit garam dan biarkan hingga ayam masak. Keluarkan ayam dan letak dalam mangkuk besar dan masukkan madu, sos tiram dan kicap dan gaul rata. Perapkan lebihkurang 1 jam. Goreng dengan minyak penuh, balik2kan biar ayam kekuningan gelap sikit, angkat.

Sementara itu, bersihkan beras dan masukkan dalam periuk, ambil 2 cawan sup ayam tadi dan tuangkan dalam periuk. Masukkan daun pandan, serai, bawang dan sedikit garam. Masaklah nasi seperti biasa.

Untuk sos kicap - mayang 2 biji bawang putih, tumiskan hingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi.

Untuk sos lada - Blend 1 biji tomato, 2 biji cili hidup, 1 cawan sup ayam, garam, sedikit gula dan sedikit sos cili. (*Boleh juga tambah 1 sudu kecil cuka makan) Selepas blend tuangkan dalam bekas dan letak bawang putih yang diketuk sikit.

Simple Breakfast - French Toast With Sausage, Fries & Baked Beans

Breakfast ni ummi wat tuk my kids yang suka sangat ala-ala western food gini...dah penah wat dulu....leh refer je kat entry roti/simple dish k..Boleh je lah pelbagaikan dengan sausage, fries, telor ke, sayuran sikit...makan dengan mayonis n sos cili pun sedap...kenyang dah tuuu...

Monday, March 10, 2008

Sago Pearl Pudding

Teruja sangat tengok CMG buat ari tu, lama sgt duk simpan resepi ni...resepi asal dari Gert, semalam baru dapat buat...Emm senang dan sedap...cuma lambat sikit nk melapis satu2 kaler tu...nk kena tggu keras sikit...my youngest suka la, tgk kaler macam2 gitu..heheh...an attraction for kids..hehe

Bahan:-
20 gm serbuk agar-agar - rendam selama 2 jam.
1 liter air
300 gm gula pasir
3 helai daun pandan - simpulkan
100 gm biji sagu putih
250 ml santan
Pewarna merah, hijau dan kuning

Cara Membuat:-
Masak air hingga mendidih dan masukkan sagu. Kacau hingga masak dan sampai sagu jernih. Tuang ke dalam tapis dan cuci bawah air mengalir untuk hilangkan kanji dan sagu tidak melekat-lekat. Bahagikan sagu sama banyak ke dalam 6 mangkuk. 3 mangkuk dibiarkan warna asal dan 3 mangkuk lagi diletakkan setiap satu pewarna merah, hijau dan kuning, kacau rata. Ketepikan.

Sementara itu, tuangkan 1 liter air dalam periuk dan masukkan gula, serbuk agar-agar dan daun pandan. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Tuangkan santan, perlahankan api dan kacau rata. Ceduk 200 ml agar-agar tadi dan tuang ke dalam sagu tanpa warna, kacau rata dengan garfu dan tuangkan ke dalam loyang 8 x 8 x 3 in yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Biark keras sedikit dan kelar2 permukaannya dengan pisau.

Ceduk lagi 200 ml agar-agar tadi dan masukkan ke dalam sagu berwarna hijau, kacau rata dengan garfu dan tuang perlahan-lahan atas sagu pertama tadi. Biarkan keras sedikit untuk proses seterusnya. Tuangkan secara berselang-seli sagu yang dimasukkan santan tadi menjadi lapisan no. 1 - putih, no. 2 - hijau, no. 3 - putih, no. 4 - kuning, no. 5 - putih dan no. 6 - merah. Sejukkan dalam fridge lebihkurang 1 - 2 jam sebelum dipotong. Cubalah!!

Baked Potato And Cheese Frittata


Another recipe from Women's Weekly, simple n ez....sedap sangat...Buat petang semalam for dinner n ummi adjust sikit bahannya ikut stok yg ada, my kids makan dengan cili sos and mayonnies..cukup mengenyangkan..

Bahan:-
4 biji kentang sederhana besar (800 gm)
4 biji telor - pukul sikit
1/2 cawan cincangan daging (*ummi guna chicken sausage)
1 biji tomato - dadu
2 labu bawang besar (sederhana) - hiris nipis
1 sudu besar hirisan daun parsley - (*ummi guna daun sup n daun bawang)
1 cawan parutan cheddar cheese (*ummi guna mozarella cheese)

Cara Membuat:-
Preheat oven pada suhu 180 C dan griskan loyang 7 x 7 x 3 cm (*ummi guna loyang bulat diameter 7"). Parut kentang, dan perah buang sikit airnya. Campurkan semua kentang, telor, sausage, tomato, bawang, daun sup/parsley dan separuh parutan cheese. Gaul rata dan tuangkan ke dalam loyang. Tabur rata lebihan parutan cheese tadi. Bakar selama 40 minit atau sehingga kekuningan. Sejukkan dan potong untuk hidangan bersama sos cili dan mayonis.