Sunday, March 7, 2010

Telor Dadar Seremban Ala Cina

Sori la yaa..nak story sikit ni...semalam bz kemas rumah, pastu lepas hantar Aiman ke tusyen, akak, hb n abanglong ke Hospital Temerloh menziarah mak saudara hb (Wanchik) yang accident pada petang Isnin lepas dan masih di ICU lg...hari Selasa tu dah pergi tp Wanchik masih x sedar..jadi petang semalam sekali lagi kami pergi menziarah pada jam 4.30 - 7 ptg....dah beransur pulih walaupun masih di ICU...alhamdulillah..Akak balik Kuantan sesudah maghrib dan singgah rumah adik ambil Aiman yg balik ke situ lepas tusyen. Otw balik tu, alahaiii terserempak pulak accident kat KM158 jln Ktn - Maran...melibatkan 3 buah kereta..hb dan abanglong pun pergi la tengok2...masa tu memang gelap sungguh, x nampak apa sangat..uiiih terbalik kete Vios pusing ke bawah dan difahamkan dari berita di TV3 jam 7.30 pg td, pemandunya adalah seorang perempuan (kakak kepada wartawan TV3) dan anaknya telah meninggal dunia...innalillah...ya la, malang x berbau kan...kita yang kena sentiasa berganda2 cermat di jalan raya..
Ok lah meh layan lauk telor dadar yang dah selamat masuk ke perut 2 hari sudah...hidangan bersama dengan lauk ikan goreng ala utara tuh...mentang2 xleh makan pedas buat masa nih....so akak balun telor ni cukup2..hehee...Resepi cilok dari dapur Jun tu, kata Jun dia korek dr Resepi.Net yang dipostkan oleh Maklang dan tuan punya resepi ni Pak Amir toke restoran...

TELOR DADAR SEREMBAN ALA CINA

Bahan:-
  • 4 biji telor ayam - campur garam dan pukul sikit.
  • 1 batang carrot - hiris halus memanjang (*akak sagat memanjang)
  • 100 gm udang kecil - buang kulit, perap dengan gula dan pepper sikit.
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 4 ulas bawang putih - cincang
  • 1 cm halia - hiris memanjang/cincang
  • 3 - 4 sudu besar minyak
  • 1 biji bawang besar - hiris bulat
  • 1 biji ubi kentang - potong dadu kecil2 dan goreng sekejap (*akak x letak, takut angin perut lak kang..hehe)

Cara-Cara:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar. Masukkan halia dan biar hingga warna keemasan.
  2. Masukkan udang, kentang dan carrot. Masak sekejap.
  3. Masukkan daun bawang dan sos tiram. Ratakan dan masukkan telor tadi dari tepi keliling.
  4. Balikkan dan masak sekejap (*akak x balikkan, just biar je masak sebelah atas api perlahan, kerana telor ni seeloknya digoreng jgn terlalu lama/garing, cukup sekadar masak saja).

3 comments:

Lee said...

Ummi, hope my first comment ada keluar. I kliked 'published' the comment hilang. Lee.

Love2cook Malaysia said...

Yummy Tummy!!! :)

ummi said...

Lee,
Haha..yeap ada keluar your comment!! Lee, I think you've misunderstood of my story due to my kampung language here, maybe you hardly understand what I mean...It's not my abanglong involved in the accident, other person..My hb and my elder son (abanglong) just stopped by for a while, nothing much they can do, ambulance and police were on their way to help them. And thank God, we arrived home safely..

I've no idea why it called Telor Dadar Seremban, yeah why not I changed it to Telor Dadar Kuantan or Telok Chempedak eh, or if your wife happen to cook this, you better can call it Telor Dadar Toronto..hehee..It's yummy!! Lepas makan, go out for fresh air at Telok Chempedak, then you can see starry stars only, no moon...hehe

Lee, thanks for dropping by...ada2 saja la you...haha

Love -
Yeap, really nice one Love...don't forget to try it out!